Monday, November 3, 2008

RARE Telinga 1

KASET

Lama dah rasa aku tak pos dekat blog ni. Biasa la sibuk dengan projek angkasawan kedua di pusat kawalan Nasa. Sebenarnya tak dak idea sama nak pos.
Minggu lepas aku tukar sound system kereta oldskoll aku. Nak jugak 'up to date' pakai cd player. Memandangkan player lama (cassette player) dah tak boleh pakai, aku pun kutip semua kaset dalam dashboard.
Dengan tak disengajakan aku terjumpa 2 kaset oldskol ni.

Dire Straits First Album..

Band ni ditubuhkan pada tahun 1977, dan keset ni adalah album pertama mereka pada tahun 1978. (Rupanya kaset dh wujud sebelum aku lahir).
Album ni sama nama dengan band (Dire Straits).
Berasal dari barat London dan diantara Band Rock British yang berpengaruh.
Walaupun band ni wujud di era punk rock, tapi ,mereka tetap bertahan dengan muzik rock klasik. Ada jazz jugak sikit-sikit.



Pengasas band ni, Mark Knopfler selaku vocal dan gitar.
Band ni terkenal dengan lagu 'Sultans of Swing'.
Album ini mulanya dikeluarkan oleh anak syarikat Vertigo Record(Phonogram) dan tidak berapa diterima oleh pendengar. Kemudian 'Warner Brothers' keluarkan album ini di US besar-besaran tak sampai seminggu dah dijual lebih sejuta copy.
Lepas tu baru orang-orang belah U.K terperasan yang album ni sedap dan Single 'Sultans of Swing' dikeluarkan kerana mendapat sambutan yang hangat. (Peliknya, selalunya single keluar dulu. Orang U.K ni lambat pick up kot).

Pada 1987, Mark Knopfler memulakan projek album solonya dan pada 1988 band ni terlibat dalam konsert Nelson Mandela 70th Birthday Tribute berduet bersama dengan Eric Clapton.

Album ini dipasarkan di malaysia oleh Phonogram Private Limited Malaysia (ada lagi ke tak) dan kaset aku ni adalah yg first dikeluarkan sebab tahun 1978.

Aku pun tak tau dari mana datang kaset ni. Dah berkurun memang ada dalam dashboard kereta aku.

Rasanya bapak aku beli kot masa dia muda-muda dulu.

Sumber Rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/Dire_Straits











GARY MOORE - Still Got The Blues

Rasanya semua kenal Gary Moore. Album ni adalah kemunculan pertama lagu Still Got The Blues. Sampai hari ni pun lagu ni glamour.

Gary Moore atau Robert William Gary Moore ada lah seorang pemain gitar berbakat yang berasal dari Ireland.





Dia ni mula main muzik pada 60-an dan pernah jadi guitarist Skid Row pada tahun 70 (Album pertama Skid Row)

Gary Moore memulakan zaman solonya pada tahun 1973 dan kaset ni adalah album yang ke-14.
Kalau nak tau lebih lanjut tengok la wikipedia. Aku pun dh letih nak taip.
Kaset-kaset ni semua masih dalam keadaan baik. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi dekat kampung. Koleksi bapak aku dengan pakcik-pakcik aku. Tak sempat lagi nak balik ambik gambaq.





Apa yang menarikntya, kaset-kaset lama ni tahan dan tak rosak. Bunyi pun jelas lagi.
Aku banyak jugak beli kaset zaman sekolah menengah dulu. Tapi kebanyakan dah tak boleh dengar. Macam kaset zaman 90-an yang kasetnya lut sinar. Semua bunyi dah tenggelam, buat sakit telinga je dengar. Rugi je beli, ori pulak tu. Tapi kenapa yang dulu-dulu ni (kaset yang warna putih/kelabu) tahan sampai sekarang ye. Mungkun kualiti material dah semakin kurang.