Thursday, November 20, 2008

Makan RARE 1

MEE UDANG KUALA SEPETANG TAIPING

Lama dah rasa tak post apa-apa kat blog ni. Bukan takdak idea, tapi takdak masa.Nak cerita pasai makanan bole tak?(tanya Max & Nong)Makanan yang RARE macam kepala kain.Dua hari lepas aku ada dapat email orang forward pasai Mee Udang Kuala Sepetang.Rasa dah 8 kali aku dapat email tu.Aku pun pernah la jugak pergi situ(dah dekat kampung mesti la pernah), memang bertimbun.Tapi aku tak la terkejut sangat sebab aku pernah pergi kedai mee udang dekat Pulau Sayak, dekat Pantai Merdeka Kedah.Dekat situ lagi la RARE sebab betul-betul tepi laut.Boleh nampak nelayan jala ikan lagi.Bila makan masa senja boleh tengok sunset.Dan yang penting mee dia lagi sedap.
Papan tanda kedai. Tepi jalan nak pergi kuala sepetang.Sbenarnya kedai ni tak la glamour sangat di kalangan orang-orang taiping macam kueytiaw DOLI.Tapi yang peliknya orang-orang luaq pada Taiping kalut nak pi situ(orang-orang KL kot).Aku duk Taiping suku abad pun tak tau kedai ni glamour.Dulu ada sorang membe aku tanya kat driver teksi pekan Taiping pun dia tak tau kedai tu tang mana.

Mee lauk udang ka, Udang lauk mee ni? Memang udang dia banyak sampai tak nampak mee.Mee yang aku makan tu RM6.Yang RM10 pun ada.Lagi banyak udang kot.
Ni ada web-web lain yang cerita pasai mee udang ni kalau nak tau lebih lanjut(aku malas nak cerita banyak banyak);
http://shilla66.blogspot.com/2007/11/mee-udang-kuala-sepetang-taiping perak.html

Aku pun sempat berposing sini sebab nak tunjuk dekat member-membe kota yang kempunan nak makan mee ni.Bukan aku yang nak pergi makan kat kedai ni.Membe aku dari KL sorang ni yang kalut sangat ajak pergi sini.Aku bawak je....
Lupa plak nak bagitau, tu baju Led Zep live US tahun 1977 kain 50/50 saiz S, brand AAA. Tapi tak RARE la sebab baju tu reborn punya tahun 2003.




Gambar tepi ni kedai Mee Udang dekat Pulau Sayak, Kedah.Dekat Kuala Muda, Tepi Pantai Merdeka ja.Nama tempat ja pulau, tapi bukan pulau pun.Tempat ni rasanya lagi RARE pada kuala sepetang sebab sambil makan boleh tengok nelayan tangkap ikan.Dekat sini banyak kedai mee udang.Yang dalam gambar ni Kedai Mee Udang Yusuff Hj Ismail.








Wednesday, November 5, 2008

Festival's T-Shirt 3 - Woodstock 99

Hellow....aku rasa tak payah lagi la aku tulih pasai konsert Woodstock ni..blogger Kamp dah tulih kot dalam posting2 lama dia..dia siap paksa aku suruh cari balik baju lama aku ni.nasib baik mama aku jumpa dalam almari dia.pastu bawak mai sini masa ziarah aku time cuti deepavali aritu.patut la lama tak nampak baju ni..aku pon dah lupa ada baju macam ni.skali-skala jumpa ibu bapa rasa syok dan bersyukur..besa la anak muda di perantauan.jarang2 dapat balik kampung disebabkan tekanan kerja yang melampau..ditambah pulak aku kerap kena p meeting sana-sini..company Kamp tak abih2 dok apply permit kat company aku pasai nak launch satelit and projek angkasawan depa..






Stock Kayu pada tahun 1999..hehe..saja buat lawak bodo...

Line-Up for Woodstock 99:

Brian Setzer Orchestra, the Bruce Hornsby Group, Buckcherry, Bush, the Chemical Brothers, Collective Soul, Elvis Costello, Counting Crows, Creed, Sheryl Crow, DMX, Everclear, Everlast, Fatboy Slim, Godsmack, Al Green, Guster, Mickey Hart-Planet Drum, Ice Cube, Insane Clown Posse, Jamiroquai, Jewel, Kid Rock, Korn, Limp Bizkit, Lit, Live, Los Lobos, Dave Matthews Band, Megadeth, Metallica, Moby, Moe, Alanis Morissette, Willie Nelson, Mike Ness, The Offspring, Oleander, Umbilical Brothers, Our Lady Peace, Parliament/Funkadelic, Rage Against the Machine, Red Hot Chili Peppers, the Roots, Rusted Root, Sugar Ray, the Tragically Hip, Wyclef Jean & the Refugee Allstars.

Baju dah TAK RARE sebab Korn & Limp Bizkit perform masa Woodstock 99..
so mama aku kata "Hang pos balik mai baju tu.mama nak simpan..penat ja mama cari last2 hang kata dah tak rare..kesian blogger Kamp tu"...

Baju tu pon dah selamat sampai di kampung dengan aman..so tak payah aku pikiaq lagi.biar lah mama kesayangan aku simpan baju anak manja dia ni sebagai pengubat rindu..

Max tak mau susahkan mama lagi..ampun dan maaf dunia akhirat..

Monday, November 3, 2008

RARE Telinga 1

KASET

Lama dah rasa aku tak pos dekat blog ni. Biasa la sibuk dengan projek angkasawan kedua di pusat kawalan Nasa. Sebenarnya tak dak idea sama nak pos.
Minggu lepas aku tukar sound system kereta oldskoll aku. Nak jugak 'up to date' pakai cd player. Memandangkan player lama (cassette player) dah tak boleh pakai, aku pun kutip semua kaset dalam dashboard.
Dengan tak disengajakan aku terjumpa 2 kaset oldskol ni.

Dire Straits First Album..

Band ni ditubuhkan pada tahun 1977, dan keset ni adalah album pertama mereka pada tahun 1978. (Rupanya kaset dh wujud sebelum aku lahir).
Album ni sama nama dengan band (Dire Straits).
Berasal dari barat London dan diantara Band Rock British yang berpengaruh.
Walaupun band ni wujud di era punk rock, tapi ,mereka tetap bertahan dengan muzik rock klasik. Ada jazz jugak sikit-sikit.



Pengasas band ni, Mark Knopfler selaku vocal dan gitar.
Band ni terkenal dengan lagu 'Sultans of Swing'.
Album ini mulanya dikeluarkan oleh anak syarikat Vertigo Record(Phonogram) dan tidak berapa diterima oleh pendengar. Kemudian 'Warner Brothers' keluarkan album ini di US besar-besaran tak sampai seminggu dah dijual lebih sejuta copy.
Lepas tu baru orang-orang belah U.K terperasan yang album ni sedap dan Single 'Sultans of Swing' dikeluarkan kerana mendapat sambutan yang hangat. (Peliknya, selalunya single keluar dulu. Orang U.K ni lambat pick up kot).

Pada 1987, Mark Knopfler memulakan projek album solonya dan pada 1988 band ni terlibat dalam konsert Nelson Mandela 70th Birthday Tribute berduet bersama dengan Eric Clapton.

Album ini dipasarkan di malaysia oleh Phonogram Private Limited Malaysia (ada lagi ke tak) dan kaset aku ni adalah yg first dikeluarkan sebab tahun 1978.

Aku pun tak tau dari mana datang kaset ni. Dah berkurun memang ada dalam dashboard kereta aku.

Rasanya bapak aku beli kot masa dia muda-muda dulu.

Sumber Rujukan :
http://en.wikipedia.org/wiki/Dire_Straits











GARY MOORE - Still Got The Blues

Rasanya semua kenal Gary Moore. Album ni adalah kemunculan pertama lagu Still Got The Blues. Sampai hari ni pun lagu ni glamour.

Gary Moore atau Robert William Gary Moore ada lah seorang pemain gitar berbakat yang berasal dari Ireland.





Dia ni mula main muzik pada 60-an dan pernah jadi guitarist Skid Row pada tahun 70 (Album pertama Skid Row)

Gary Moore memulakan zaman solonya pada tahun 1973 dan kaset ni adalah album yang ke-14.
Kalau nak tau lebih lanjut tengok la wikipedia. Aku pun dh letih nak taip.
Kaset-kaset ni semua masih dalam keadaan baik. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi dekat kampung. Koleksi bapak aku dengan pakcik-pakcik aku. Tak sempat lagi nak balik ambik gambaq.





Apa yang menarikntya, kaset-kaset lama ni tahan dan tak rosak. Bunyi pun jelas lagi.
Aku banyak jugak beli kaset zaman sekolah menengah dulu. Tapi kebanyakan dah tak boleh dengar. Macam kaset zaman 90-an yang kasetnya lut sinar. Semua bunyi dah tenggelam, buat sakit telinga je dengar. Rugi je beli, ori pulak tu. Tapi kenapa yang dulu-dulu ni (kaset yang warna putih/kelabu) tahan sampai sekarang ye. Mungkun kualiti material dah semakin kurang.

Saturday, November 1, 2008

Bundle di Zaman Komunis

Siapa tak kenal Karl Marx?Pelopor ideologi Marxism yang nmerangkumi 3 elemen penting iaitu ekonomi,sosial dan politik yang menjadi tunjang kepada Parti-parti Komunis di seluruh dunia..



The Marxist Brothers T-shirt shows 3 of the Marx brothers (Chico Marx, Groucho Marx, and Harpo Marx) along with Karl Marx....