Tuesday, September 9, 2008

Festival's T-Shirt 1 - Live Aid 1985

Selain Baju band, baju konsert antara baju yang selalu dijual di kedai-kedai bundle.
Selalunya baju-baju seperti ini dijual semasa konsert diadakan sebagai cenderamata untuk mengingati satu-satu konsert.
Terdapat banyak jenis baju konsert seperti baju tour untuk band, untuk charity atau baju untuk "music festival".
Music festival selalunya diadakan bermusim atau untuk tujuan-tujuan tertentu.

Antara festival-festival muzik yang femes;
• Big Day Out
• Lollapalooza
• Ozzfest
• Reading and Leeds Festivals
• Rock in Rio
• Fuji Rock festival

• Summersonic festival
• Live Aid
• Woodstock



Live Aid Official T-Shirt




Baju ni dibeli pada tahun 2004 di bundle pesta konvo UTM pada tahun 2004 dengan harga RM8. Kain 50/50 sais "s" dengan tag ScreenStar. Time tu aku x tau pun apa yang dimaksudkan dengan Live Aid. Lepas beli aku surf internet baru la aku tau yang konsert ni diadakan pada Julai 1985. Rasanya baju ni yang paling tua aku ada. 1985 umur aku baru 3 tahun.



Empunya Tag

Sedikit mengenai Live Aid;

Konsert ni sangat rare kerana hanya diadakan 20 tahun sekali. konsert kedua diadakan pada 2005. Ada live kat astro.
Time aku pakai baju ni ramai org tanya apa tu Live Aid sampai la tahun 2005 baru orang kenal sebab ada live kat Astro.
Live Aid pertama pada diadakan pada 13 Julai 1985 untuk tujuan kebajikan bagi mengutip dana untuk membantu negara Ethiopia iaitu sebuah negara termiskin di Afrika.
Konsert ini diadakan di Wembley Stadium, London (dihadiri 82,000 manusia) dan JFK Stadium, Philadelphia (dihadiri 99,000 manusia). Juga secara kecil-kecilan di Sydney dan Moscow.
Konsert ini dikatakan konsert yang terbesar ditayangkan secara langsung di TV.
Dibawa secara lansung ke 100 buah negara dengan anggaran 1.5 billion penonton.
Masuk adalah percuma!!
Dana konsert ni diperolehi daripada royalti stesyen TV dan baju yang dijual (baju aku tu la). Semasa konsert tgh live kat TV pun depa tayangkan alamat dan no telepon hot-line untuk menderma. Derma boleh dibuat melalui kad kredit ataupun cek.
Macam tu pun depa boleh kutip £150 juta. Bayangkan kalau tukar ke duit malaysia jadi berapa. kalau tahun 1985, jumlah tu boleh dikira banyak gila.
Kalau digabungkan semua konsert hampir 100 bands perform.
Antara Band-band yang perform;

Wembley Stadium - Phil Collins, U2, Dire Straits, Queen,David Bowie, The Who, dan Paul McCartney.

JFK Stadium - BB King, Run-DMC, Judas Priest, The Beach Boys, David Bowie, Santana and Pat Metheny, Neil Young, Eric Clapton, Phil Collins, Led Zeppelin, Duran Duran, Mick Jagger, Bob Dylan

Dekat jepun mestila band Loudness. Semua otai-otai turun.

2 Julai 2005, setelah 20 tahun, Live Aid diadakan semula tapi konsep kali ni lain sikit. Live Aid dulu hanya mengumpul dana untuk afrika, tapi 2005 lebih global. Untuk Arika dan negara2 lain yang memerlukan.
Lagi grand pada yang 1st, diadakan di 10 tempat serata dunia dan dijayakan oleh 150 buah bands;
UK - Hyde Park, London
UK - The Eden Project, Cornwall
France - Palais de Versailles, Paris
Germany - Siegessäule, Berlin
Italy - Circus Maximus, Rome
USA -Museum of Art, Philadelphia
Canada -Park Place, Barrie
Japan -Makuhari Messe, Tokyo
South Africa -Mary Fitzgerald Square, Newtown,
Johannesburg
The Russian Federation - Red Square, Moscow




Dianggarkan 3 billion manusia menyaksikan konsert ini seluruh dunia dan dipanggil "The Greatest Show on Earth".
Untuk keterangan lebih lanjut boleh surf Live Aid 2005. Tak larat dah aku nak taip. Tu tak cerita lagi apa kaitan Live Aid dengan G8 dan Nelson Mandela

Baju ni juga pernah dipakai oleh Takuya Kimura dalam drama bersiri "Long Vacation".
Aku x tengok pun cerita tu tapi semasa aku pakai baju tu time blajar dekat U dulu ada membe aku kata aku minat Takuya Kimura. Aku heran jugak apa kaitan dia dengan baju ni. Last-last dia tunjuk drama tu kat aku siap Print Screen skali. Naik lagi la saham baju ni....

Baju ni masih lagi dalam simpanan aku dan rasanya aku tak jual kot.
X mau perkara yang sama menimpa baju "Whitesnake" dan "Cinderella" aku. (time tu aku lebih pentingkan
wang dari baju huhu)
Ada jugak aku jumpa orang jual baju ni dekat e-bay. Ntah berapa dia ketuk.
Selama aku beli baju ni aku tak pernah nampak lagi orang lain pakai selain Takuya Kimura huhuhu.

P.S - kalau nampak org pakai bagitau ye, aku nak tukar statement atas tu.








3 comments:

matakucing said...

elok ko simpan jer baju2 cam tu..original copyright 1985 tu.. sebab baju tu takkan ada reprint balik..rare
erkk salam kenal beb

Kamp said...

Ye memang la. Aku dh berjanji x kan jual dh baju-baju aku walaupun dekat e-bay..

android said...
This comment has been removed by the author.