Wednesday, September 10, 2008

Avengers

Baju ni aku beli sekali dengan baju whitesnake dekat Bundle Danga Bay dalam tahun 2003. Aku pun tak pasti bila baju ni dikeluarkan. Baju tag Universal. Tak tau RARE ke tak brand ni, setahu aku Universal buat filem. Tapi aku rasa baju ni tahun 80an sebab satu guni dengan baju whitesnake.

Avengers #82

Aku try survey dekat google. Kalau ikut keluaran komik baju ni Nov 1970 (http://www.plexico.net/avengers/covers/a081.html). Gila ke apa kalau baju tahun 70an. Bapak aku pun remaja lagi. Mana la tau kot masa tu company Universal x buat filem lagi. Kot depa bisnes baju mula-mula sebelum kaya.

Kenangan bersama Max (rakan kongsi) semasa kat UTM
(Macam RARE ja baju RADIOHEAD hang pakai tu Max!)

4 comments:

matakucing said...

cantik baju tuh...kat bawah tulisan assemble tu cam ada tulisan kecik jer..copyright ker.. tag universal..mugkin official universal yg kuarkan..aku rasa ni print 80-an punya kot. Dye dia kasar berpasir tak..kalu berpasir tu kira print lama tu..kalu licin mungkin mid 90-an keatas.

Kamp said...

Ade tulisan bawah tu tapi x brape clear la tahun brape. Cat dia kasar sikit x mcm baju print baru2. Rasanye 80-an sebab komik pun keluaran 70-an. Dah lama tak pakai baju ni, takut kembang. so simpan je la.

Max said...

hang ingat lagi dak masa kita p bundle kat MuaR yg baju dia semua sidai kat luaq macam ampaian..kat ampaian tu la aku ghosek2 jumpa baju radiohead ni..

Kamp said...

O, ingat2.. yg bundle kedai kayu tu.. Aku pun beli selai rasa. Baju Zildjian kot. Baju paling mahai kat situ RM5 haha.