Thursday, October 9, 2008

Yokoso Japan!!!

Ni kali pertama aku jejak kaki ke kota metropolis Tokyo pada musim sejuk awal 2007.semua ni atas galakan company lama aku yang suka suruh pekerjanya p Jepun.Butik Evisu ni terletak ni di kawasan nama dia Ebisu.

Kalau hangpa ada peluang p Tokyo, amik tren JR (Yamanote Line) turun kat stesen Ebisu. Keluaq dari stesen amik kanan jalan terus ja sampai hujung jalan jumpa la kedai ni. Sepanjang jalan tu ada banyak kedai bundle dan designer.Terliuq jugak la.tapi aku tak singgah sbb dok ligan nak p beli seluaq ja..

Ni bukan tugu untuk lambang seluaq Evisu.hehe..Sebenaqnya tadak kaitan sangat antara Evisu dan Ebisu..Ebisu nama tempat kat area Tokyo.Evisu pulak berasal dari Osaka. La ni Evisu dah ada makmal R&D kat Paris.

Bole amik gambaq tang luaq ja..Macam2 ada dalam ni.Peghak jugak la aku.sebelum ni dok tengok seluaq ja kat bundle..

Dalam kedai ni semua seluaq dia jual plain.Nak cat design lagu mana semua ada katalog.daripada design 'cacing' simple sampai la ke tulisan kaligrafi jepun (kanji).Depa lukis on the spot.Harga design beza2. Kaler cat pon macam tu jugak.Kalau kuning,hijau,hitam,biru,putih free ja..


Aku sampai kedai ni dalam pukul 7 mlm.lagi sejam nak tutup.Memang kalut la sbb nak beli 2 helai.pas tu tukang cat semua dah balik.Aku siap kena tunggu depa panggil 'designer' daripada branch Evisu lain..

Pekerja depa pakai apron evisu (tiada dalam gambaq) memang rare..pasai seluaq plak pembeli bole pilih nak beli yang baru atau washed (kira selepas basuh)
Bahagian belakang kedai..



Setiap butang ada engrave 'Yamane' sempena nama pengasas Evisu; Hidehiko Yamane

Rare Kepala Kain!!..Kepala kain sebelah hijau sebelah oren...

Seluag semua ada 2 cutting ja.Regular fit dan Baggy. Lot 2000 yg aku beli ni menandakan cutting regular fit. Untuk baggy Lot 2001..

Yang tokey2 bundle dok hingaq Evisu No.2 la,No.3 la..sebenaqnya beza antara Nombor ni ialah teknologi pembuatan kain..physical look sama ja.aku yang tak brapa expert ni dah pegang semua nombor rasa macam sama ja. Yang pekerja Evisu habaq kat aku, No.1 akan shrink lebih kurang 5 inci selepas basuh setahun skali dalam masa 5 tahun.Kira paling mahai la..No.2 shrink 2.5 inci..

Selain menjual pakain/aksesori Evisu, kedai ni jugak buat servis seluaq.kalau nak potong kaki jahit rantai macam asal ambik masa 5 hari.,seluaq yg dah tertanggal cat bole p antaq cat blk..Rare!!!

3 comments:

matakucing said...

perghh best eh dpt gi negara org..ko garb evisu jer ker masa kat jepon

Max said...

ada beli skit2 brg keperluan kat sana.kasut,sluaq,baju memang wajib la.factory oulet plak murah2.kedai bundle banyak.ada yg 3 tingkat..

Unknown said...

perhhhhhhhhhhh....bestnye kalau dapat g sekali...
kau beli seluar tu berape harga melaysia? kalau g lagi kasi tau la...
aku nak oder satu nie...
ape2 hal 0179719496.(zalie)