Friday, October 31, 2008
Sunday, October 19, 2008
T-Shirt RARE Aku..
Aku pakai bila balik kampung sebab bole mintak tulong mama aku basuh.Thanx very much Mama!!!
sekian.
Memang bebai jugak la tiap kali lepaih pakai....
Wednesday, October 15, 2008
Barang RARE Masa Kecik2..
Sebelum ekonomi negara China belum berkembang (disebabkan ideologi sosialis yang menebal), barang2 keperluan harian kita yang dok ada kat supermarket banyak mai dari europe.tapi kita tak perasan.la ni pon dok ada lagi tapi dah "teroverlooked" dengan barangan "made in china"...
Ukuran pinggang untuk Budak 1~2 tahun..
Sunday, October 12, 2008
T-SHIRT UNTUK DIJUAL!!! (negotiable)
Saiz: S
Harga: USD 15- Untuk bayaq guna PayPal
RM55 - bayaq cash atau bank-in
2) Bowling For Soup
Saiz: M
Harga: USD 10- Untuk bayaq guna PayPal
RM35 - bayaq cash atau bank-in
RM35 - bayaq cash atau bank-in
Harga: USD 10 - Untuk bayaq guna PayPal
Saturday, October 11, 2008
Tempat RARE yang tidak harus dikunjungi.
Gambar ini diambil pada November 2003 dengan menggunakan kamera digital yang canggih ketika itu. Kamera digital RARE yang resolusinya tidak sampai 1Mbps dan tiada paparan LCD.
Kedai ini tiada kaitan dengan dosa mahupun pahala. Hanya sebuah restoran masakan India di tengah-tengah kawasan Little India di Singapura. Menu Istimewa disini adalah Mysore Dosa, Andhra Dosa, Idli, Vada, Pongal dan nasi kuah kari.
Thursday, October 9, 2008
Yokoso Japan!!!
Kalau hangpa ada peluang p Tokyo, amik tren JR (Yamanote Line) turun kat stesen Ebisu. Keluaq dari stesen amik kanan jalan terus ja sampai hujung jalan jumpa la kedai ni. Sepanjang jalan tu ada banyak kedai bundle dan designer.Terliuq jugak la.tapi aku tak singgah sbb dok ligan nak p beli seluaq ja..
Ni bukan tugu untuk lambang seluaq Evisu.hehe..Sebenaqnya tadak kaitan sangat antara Evisu dan Ebisu..Ebisu nama tempat kat area Tokyo.Evisu pulak berasal dari Osaka. La ni Evisu dah ada makmal R&D kat Paris.
Bole amik gambaq tang luaq ja..Macam2 ada dalam ni.Peghak jugak la aku.sebelum ni dok tengok seluaq ja kat bundle..
Dalam kedai ni semua seluaq dia jual plain.Nak cat design lagu mana semua ada katalog.daripada design 'cacing' simple sampai la ke tulisan kaligrafi jepun (kanji).Depa lukis on the spot.Harga design beza2. Kaler cat pon macam tu jugak.Kalau kuning,hijau,hitam,biru,putih free ja..
Setiap butang ada engrave 'Yamane' sempena nama pengasas Evisu; Hidehiko Yamane
Rare Kepala Kain!!..Kepala kain sebelah hijau sebelah oren...
Seluag semua ada 2 cutting ja.Regular fit dan Baggy. Lot 2000 yg aku beli ni menandakan cutting regular fit. Untuk baggy Lot 2001..
Yang tokey2 bundle dok hingaq Evisu No.2 la,No.3 la..sebenaqnya beza antara Nombor ni ialah teknologi pembuatan kain..physical look sama ja.aku yang tak brapa expert ni dah pegang semua nombor rasa macam sama ja. Yang pekerja Evisu habaq kat aku, No.1 akan shrink lebih kurang 5 inci selepas basuh setahun skali dalam masa 5 tahun.Kira paling mahai la..No.2 shrink 2.5 inci..
Selain menjual pakain/aksesori Evisu, kedai ni jugak buat servis seluaq.kalau nak potong kaki jahit rantai macam asal ambik masa 5 hari.,seluaq yg dah tertanggal cat bole p antaq cat blk..Rare!!!
MUSTAHAK-Pesanan dari Rakan Bundle
Ni ada pesanan dari rakan aku (gambar di atas).Dia ni memang hardcore bundle dan org pertama yg ikut aku p Krongek.nama dia terpaksa aku rahsiakan.
"Hey u all..blog ni bukan stakat utk baju dan sluar je..ape2 yang korang rase rare bole share kat sini macam kete rare ke,laptop rare ke,haiwan rare ke.."
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas pesanan beliau.
Peluang Pekerjaan Yang RARE
Ni ada peluang pekerjaan yang RARE..
1)Special Agent FBI
Rujuk di sini: http://www.fbijobs.gov/11.asp
2)Penjaga Planet Marikh
Rujuk di sini: http://www.nasajobs.nasa.gov/
Sekiranya aku,Kamp Surkezz dan Nong dapat keja di sini maybe blog ni akan ditutup atas sebab keselamatan.
Sekian,terima kasih.