Kronget, apa tu? Mat-mat bundle yg tau apa tu Krongek. Sini la terletaknya pasar bundle yg bole dikatakan besar gila kat Thailand (Nak kata terbesar pun aku dengar dekat Chatuchak Bangkok lagi besar). Tempat ni sebenarnya satu pekan kecil di Selatan Thailand.
Tengah2 Sadao dan Hatnyai. Kalau dari border tu ikut jalan ke arah Hatyai. Route macam ni la: Bkt Kayu Hitam - Danok - Sadao - Krongek.X pun naik tut2 je kat border tu, cakap kat driver tu nk pi pasar kronget dia tau la.
.
Kedudukan Kronget (Rasa-rasa la)
Perjalanan dari boarder mengambil masa lebih kurang 45minit. Kalau naik Tut-tut tambang satu keta 400 Baht atau RM40 duit kita. Kalau mintak kurang tu dpt la RM30.
Tak la mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan perjalanan 45minit. Rasanya teksi kat Malaysia ni lagi mahai. Kronget ni sebenarnya org Malaysia je yang panggil. Nama sbenar tempat ni Khlong Ngae. Kami slalu pergi naik Tut-tut sorang Pak Long siam tu. Kira kami ni pelanggan setia dia la. Pak long tu sorang tua berjanggut lebat, berjambang dan bermata kuyu pakai baju lusuh dengan seluaq cerut dan tak banyak cakap. Kira rare la jugak.
Teringat aku hari 1st trip naik tut-tut pak long ni, tgh2 perjalanan pi kronget dia brenti keta kat tepi jln satu kampong koboi yang rasanya macam x berapa selamat untuk org malaysia. Dengan tak cakap apa-apa, dia pun turun kereta bawak survival begnya (guni kain yang rasanya berisi kain baju dia) , lintas jalan dan masuk rumah dekat situ tinggai kami terpinga2 kat belakang tut-tut. Aku mula ingat paklong ni ada komplot nk suruh geng dia culik kami buat tebusan ke apa.
Lama jugak, ada la dlm 15 minit dgn org kampung lalu lalang situ tengok pelik. Nasib baik la dia datang balik ke tut-tut. Kali ni dengan wajah segar dan baju baru. Baru la kami tau, yg dia tu balik rumah mandi. Siap pegang berus gigi lagi nak letak balik dlm tut-tut dia. Maybe dia lepak kat border tunggu costomer dari semalam kot. Ataupun kat situ tempat mandi awam huhu. Kemudian, kami pun teruskan perjalanan sampai jugak ke krongek. Memang tak rugi datang sini. Rambang mata. Satu je yang tak best, Panas sangat!!! Macam kat Malaysia time bulan puasa. Maybe sebab sini Iklim Tropika kot. Pasar ni pun bukak awal pagi seawall 6.00pg (waktu Bangkok) tapi smpi pkl 1ptg je. Pkl 12 tu pun tokey2 dh start packing.
Pasar pagi kat krongek ni hari Sabtu ja.kalau nak ikut schedule pasar pagi selatan thailand macam ni: Khamis/Sadao,Jumaat/Hatyai,Sabtu/Krongek,Ahad/Songkla. Ada mat-mat bundle sanggup tour p semua skali pasar2 ni.
Banyaknya baju band/designer/movie dll
Inilah John Lennon (Berdiri kiri skali), Tokey bundle yang beli baju Cinderrela ngan Whitesnake aku dengan harga yang maksimum..
Bebai Jugak nak carik baju kalau bertimbun macam ni. sehelai RM3-8 ja..
Ni lungguk baju reject-reject kot
Ni lagi RARE, sampai baju dalam pun ada jual bundle..
Bundle sluar jeans.Kat celah2 tu ada tempat belah guni jeans..
Balik makan dekat kat Danok. Menu special: lidah lembu masak merah (tiada dalam gambaq)