Friday, September 12, 2008

Tour T-Shirt 2 - Bruce Springtsteen

Bruce Springtsteen and The E String band Born In The USA Tour 1984-1985

Baju ni pun salah satu baju yang aku beli tapi tak pernah pakai. Sebab saiz L pastu band aku tak minat. Tapi baju ni baju paling tua yang aku ada. Tahun 1984.


Thursday, September 11, 2008

Tour T-Shirt 1 - Def leppard

DEF LEPPARD HYSTERIA TOUR 1987

Baju ni ade membe tolak dulu masa blajar dkt U. Dia dh bertaubat x nak pakai baju band. Baju ni masih dlm keadaan 'well condition' sebab x pernah pakai langsung semenjak beli. Tag Spring Ford kain 50/50 saiz XL tahun 1987. Bukan tak mau pakai, tapi saiz besar nk dibandingkan dengan empunya badan yg maximum bole pakai saiz M ja. Dah berapa tahun aku simpan sebab sayang nak jual. Nak otter bagi kecik pun sayang.


Wednesday, September 10, 2008

Avengers

Baju ni aku beli sekali dengan baju whitesnake dekat Bundle Danga Bay dalam tahun 2003. Aku pun tak pasti bila baju ni dikeluarkan. Baju tag Universal. Tak tau RARE ke tak brand ni, setahu aku Universal buat filem. Tapi aku rasa baju ni tahun 80an sebab satu guni dengan baju whitesnake.

Avengers #82

Aku try survey dekat google. Kalau ikut keluaran komik baju ni Nov 1970 (http://www.plexico.net/avengers/covers/a081.html). Gila ke apa kalau baju tahun 70an. Bapak aku pun remaja lagi. Mana la tau kot masa tu company Universal x buat filem lagi. Kot depa bisnes baju mula-mula sebelum kaya.

Kenangan bersama Max (rakan kongsi) semasa kat UTM
(Macam RARE ja baju RADIOHEAD hang pakai tu Max!)

Festival's T-Shirt 2 - Fuji Rock festival 1999

Fuji Rock Festival 1999

Baju ni aku beli RM8 kat Nain Bundle, Skudai sekitar 2002.
Sedikit mengenai Fuji Rock;

  • Dinamakan Fuji Rock Festival sebab kali pertama diadakan di Fuji Tenjinyama Ski Resort, iaitu di kaki pergunungan gunung Fuji, Jepun.
  • Konsert hanya diadakan separuh kerana di hari ke-2 terpaksa dibatalkan disebabkan taufan melanda semasa Ret hot Chili Peppers tengah live depan 30000 kaki konsert.
  • Festival untuk tahun berikutnya terpaksa dibuat di tempat lain iaitu di Bay Side Square (Toyosu), Tokyo pada 1998 dan konsert-konsert tahun seterusnya di Naeba Skii Resort, Niigata.
  • Walaupun tak diadakan di Fuji festival ini masih dinamakan Fuji Rock Festival untuk mengingati festival yang pertama.
  • Diadakan 3 hari serentak pada hujung bulan Julai setiap tahun.

    Baju aku ni dari festival pada tahun 1999. Rage Against The Machine pun ada.
  • Sumber rujukan;
  • http://www.smash-uk.com/frf08/index.html

Tuesday, September 9, 2008

Festival's T-Shirt 1 - Live Aid 1985

Selain Baju band, baju konsert antara baju yang selalu dijual di kedai-kedai bundle.
Selalunya baju-baju seperti ini dijual semasa konsert diadakan sebagai cenderamata untuk mengingati satu-satu konsert.
Terdapat banyak jenis baju konsert seperti baju tour untuk band, untuk charity atau baju untuk "music festival".
Music festival selalunya diadakan bermusim atau untuk tujuan-tujuan tertentu.

Antara festival-festival muzik yang femes;
• Big Day Out
• Lollapalooza
• Ozzfest
• Reading and Leeds Festivals
• Rock in Rio
• Fuji Rock festival

• Summersonic festival
• Live Aid
• Woodstock



Live Aid Official T-Shirt




Baju ni dibeli pada tahun 2004 di bundle pesta konvo UTM pada tahun 2004 dengan harga RM8. Kain 50/50 sais "s" dengan tag ScreenStar. Time tu aku x tau pun apa yang dimaksudkan dengan Live Aid. Lepas beli aku surf internet baru la aku tau yang konsert ni diadakan pada Julai 1985. Rasanya baju ni yang paling tua aku ada. 1985 umur aku baru 3 tahun.



Empunya Tag

Sedikit mengenai Live Aid;

Konsert ni sangat rare kerana hanya diadakan 20 tahun sekali. konsert kedua diadakan pada 2005. Ada live kat astro.
Time aku pakai baju ni ramai org tanya apa tu Live Aid sampai la tahun 2005 baru orang kenal sebab ada live kat Astro.
Live Aid pertama pada diadakan pada 13 Julai 1985 untuk tujuan kebajikan bagi mengutip dana untuk membantu negara Ethiopia iaitu sebuah negara termiskin di Afrika.
Konsert ini diadakan di Wembley Stadium, London (dihadiri 82,000 manusia) dan JFK Stadium, Philadelphia (dihadiri 99,000 manusia). Juga secara kecil-kecilan di Sydney dan Moscow.
Konsert ini dikatakan konsert yang terbesar ditayangkan secara langsung di TV.
Dibawa secara lansung ke 100 buah negara dengan anggaran 1.5 billion penonton.
Masuk adalah percuma!!
Dana konsert ni diperolehi daripada royalti stesyen TV dan baju yang dijual (baju aku tu la). Semasa konsert tgh live kat TV pun depa tayangkan alamat dan no telepon hot-line untuk menderma. Derma boleh dibuat melalui kad kredit ataupun cek.
Macam tu pun depa boleh kutip £150 juta. Bayangkan kalau tukar ke duit malaysia jadi berapa. kalau tahun 1985, jumlah tu boleh dikira banyak gila.
Kalau digabungkan semua konsert hampir 100 bands perform.
Antara Band-band yang perform;

Wembley Stadium - Phil Collins, U2, Dire Straits, Queen,David Bowie, The Who, dan Paul McCartney.

JFK Stadium - BB King, Run-DMC, Judas Priest, The Beach Boys, David Bowie, Santana and Pat Metheny, Neil Young, Eric Clapton, Phil Collins, Led Zeppelin, Duran Duran, Mick Jagger, Bob Dylan

Dekat jepun mestila band Loudness. Semua otai-otai turun.

2 Julai 2005, setelah 20 tahun, Live Aid diadakan semula tapi konsep kali ni lain sikit. Live Aid dulu hanya mengumpul dana untuk afrika, tapi 2005 lebih global. Untuk Arika dan negara2 lain yang memerlukan.
Lagi grand pada yang 1st, diadakan di 10 tempat serata dunia dan dijayakan oleh 150 buah bands;
UK - Hyde Park, London
UK - The Eden Project, Cornwall
France - Palais de Versailles, Paris
Germany - Siegessäule, Berlin
Italy - Circus Maximus, Rome
USA -Museum of Art, Philadelphia
Canada -Park Place, Barrie
Japan -Makuhari Messe, Tokyo
South Africa -Mary Fitzgerald Square, Newtown,
Johannesburg
The Russian Federation - Red Square, Moscow




Dianggarkan 3 billion manusia menyaksikan konsert ini seluruh dunia dan dipanggil "The Greatest Show on Earth".
Untuk keterangan lebih lanjut boleh surf Live Aid 2005. Tak larat dah aku nak taip. Tu tak cerita lagi apa kaitan Live Aid dengan G8 dan Nelson Mandela

Baju ni juga pernah dipakai oleh Takuya Kimura dalam drama bersiri "Long Vacation".
Aku x tengok pun cerita tu tapi semasa aku pakai baju tu time blajar dekat U dulu ada membe aku kata aku minat Takuya Kimura. Aku heran jugak apa kaitan dia dengan baju ni. Last-last dia tunjuk drama tu kat aku siap Print Screen skali. Naik lagi la saham baju ni....

Baju ni masih lagi dalam simpanan aku dan rasanya aku tak jual kot.
X mau perkara yang sama menimpa baju "Whitesnake" dan "Cinderella" aku. (time tu aku lebih pentingkan
wang dari baju huhu)
Ada jugak aku jumpa orang jual baju ni dekat e-bay. Ntah berapa dia ketuk.
Selama aku beli baju ni aku tak pernah nampak lagi orang lain pakai selain Takuya Kimura huhuhu.

P.S - kalau nampak org pakai bagitau ye, aku nak tukar statement atas tu.








Monday, September 1, 2008

1st day ramadhan..

Hari pertama puasa... x rasa apa2 pun..
Macam hari-hari biasa... Kerja... Duduk di tempat yang sama. Mengawal kapal angkasa dan kedudukan satelit..
Aku rasa skrin TV paling panjang kat malaysia ni yg dpn meja aku la..
Ni tempat kerja aku. Rare la jugak, satu je kat Malaysia huhuu.....
sesiapa yang berminat kerja di sini, boleh la apply dekat http://www.nasajobs.nasa.gov/


Permandangan biasa di pusat kawalan roket NASA

Sunday, August 31, 2008

Merdeka!!!!... not really

Merdeka tahun ini sangat tidak bermakna sebab aku kena kerja
di ketika semua orang berjegil mata tengok bunga api...
Aku kadang-kadang confuse apa tu merdeka.
Umur dah 26 tahun tapi x rasa macam merdeka je..

Merdeka = Bebas
Merdeka = Bebas + Ada kerja
tapi rasanya bukan
Merdeka = Bebas + Ada Kerja + kena Kerja mlm merdeka

Tetiba plak aku teringat lagu Princess Leia nyanyi dlm Star Wars Holiday Special*:

Life Day;

We celebrate a day of peace.
A day of harmony.
A day of joy we can all share together joyously.
A day that takes us through the darkness.
A day that leads us into might.
A day that makes us want to celebrate the light.
A day that brings the promise that one day,
we'll be free to live, to laugh, to dream, to grow, to trust, to love, to be.


*Star Wars Holiday Special adalah salah salah satu siri filem starwars 2 jam yg rare. Ramai orang tau filem Trilogy dan Sequel Starwars tapi yang ni rasanya x ramai yg tau benda ni wujud. Pakcik Lucas penah ckp nk tarik balik filem ni... Kat bawah ni ringkasan filem SWHS


Friday, February 15, 2008

My Rare shirt

WhiteSnake North American Tour 1987





Tag SpringFord made in US


Baju ni aku beli kat bundle tepi jalan dekat Danga Bay Johor dlm tahun 2003 masa Danga Bay baru nak bukak. Time tu depa buat jualan macam pasar minggu. Aku beli baju ni bersama selai lagi baju 'Avangers' dgn harga RM5 selai. Selalunya baju ni dipakai masa nak lepak tgh2 mlm kat Johor dulu. Tag originaly from SpringFord tahun 1987 kain 50/50 saiz s.




Dah banyak kali orang offer nk beli time aku pakai baju ni. Ada sekali time tgh2 mkn kat kedai Kelantan tiba2 org tak kenai mai teguq nak beli. Siap nk tukaq ngan baju band depa dengan tambah duit lagi RM60. Walaupun aku tgh sengket time tu, aku still x nak juai sebab sayang kat baju ni. Mana nk carik baju original concert taun 1987 yg well condition saiz s. Baju time aku umuq baru 5 tahun, x masuk tadika lagi.






Baju ni akhirnya dijuai jugak pada 9/2/2008 di Pasar Bundle krongek Thailand setelah 5 tahun aku pakai. Walaupun sedih, aku terpaksa juai sebab toke bundle yg kami panggil John Lennon sanggup ambik baju tu dengan harga RM100/1000 Barth.


Kira berbaloi jugak la sebab aku beli dulu RM5, pastu siap pakai sampai lusuh lg.



Baju aku tergantung lepas dijual




Cinderella Shakes the U.S.A




Tag Springford made in US


Yang ni plak aku beli dekat Nain Bundle, Skudai dgn harga RM8 dalam tahun 2004. Baju ni pun macam baju Whitesnake tapi besar sikit sebab saiz m. Tapi kain stil 50/50, tag Springford tahun 1989. Baju ni rare jugak, tp aku penah jugak la jumpa selai lagi kat kedai bundle lain. Tapi kedai tu jual RM20. Aku x beli la sebab dah ada tapi rasa x best pulak sebab nanti mesti ada sorang lagi pakai baju sama macam aku. Last-last aku tak beli jugak sebab x dak duit. Menyesal jugak x beli.


Siul je lepas beli dekat aku terus gantung


Aku jual baju ni dekat toke bundle siam 800 Barth/RM80. Sekali dengan baju whitesnake. Patut dia nak ambik RM100 tapi kantoi ada koyak sikit kat kolar dia. So, kurang la RM20. Kira O.K la, sebab aku pun dah tak pakai baju2 macam ni. Dah lusuh pun.






Saat-saat bersama baju tersayang

Ada jugak rasa menyesal jual 2 baju ni kat toke tu. Tapi nk buat mcm mana, toke tu offer baik punya dan aku pun x fikir panjang. Lagipun aku dh pakai baju-baju ni dekat 5 tahun. Dah meri , lusuh plak tu. Siap koyak sikit baju cinderella ni. Duit jual 2 helai baju tu aku buat beli 2 helai baju lagi dengan 1 beg outdoor. Tu pun habis x sampai RM100.

Sunday, February 10, 2008

Bundle Khlong Ngae (Kronget/Krongek), Thailand

Kronget, apa tu? Mat-mat bundle yg tau apa tu Krongek. Sini la terletaknya pasar bundle yg bole dikatakan besar gila kat Thailand (Nak kata terbesar pun aku dengar dekat Chatuchak Bangkok lagi besar). Tempat ni sebenarnya satu pekan kecil di Selatan Thailand.

Tengah2 Sadao dan Hatnyai. Kalau dari border tu ikut jalan ke arah Hatyai. Route macam ni la: Bkt Kayu Hitam - Danok - Sadao - Krongek.X pun naik tut2 je kat border tu, cakap kat driver tu nk pi pasar kronget dia tau la.

.

Kedudukan Kronget (Rasa-rasa la)

Perjalanan dari boarder mengambil masa lebih kurang 45minit. Kalau naik Tut-tut tambang satu keta 400 Baht atau RM40 duit kita. Kalau mintak kurang tu dpt la RM30.

Tak la mahal sangat kalau nak dibandingkan dengan perjalanan 45minit. Rasanya teksi kat Malaysia ni lagi mahai. Kronget ni sebenarnya org Malaysia je yang panggil. Nama sbenar tempat ni Khlong Ngae. Kami slalu pergi naik Tut-tut sorang Pak Long siam tu. Kira kami ni pelanggan setia dia la. Pak long tu sorang tua berjanggut lebat, berjambang dan bermata kuyu pakai baju lusuh dengan seluaq cerut dan tak banyak cakap. Kira rare la jugak.


Teringat aku hari 1st trip naik tut-tut pak long ni, tgh2 perjalanan pi kronget dia brenti keta kat tepi jln satu kampong koboi yang rasanya macam x berapa selamat untuk org malaysia. Dengan tak cakap apa-apa, dia pun turun kereta bawak survival begnya (guni kain yang rasanya berisi kain baju dia) , lintas jalan dan masuk rumah dekat situ tinggai kami terpinga2 kat belakang tut-tut. Aku mula ingat paklong ni ada komplot nk suruh geng dia culik kami buat tebusan ke apa.


Lama jugak, ada la dlm 15 minit dgn org kampung lalu lalang situ tengok pelik. Nasib baik la dia datang balik ke tut-tut. Kali ni dengan wajah segar dan baju baru. Baru la kami tau, yg dia tu balik rumah mandi. Siap pegang berus gigi lagi nak letak balik dlm tut-tut dia. Maybe dia lepak kat border tunggu costomer dari semalam kot. Ataupun kat situ tempat mandi awam huhu. Kemudian, kami pun teruskan perjalanan sampai jugak ke krongek. Memang tak rugi datang sini. Rambang mata. Satu je yang tak best, Panas sangat!!! Macam kat Malaysia time bulan puasa. Maybe sebab sini Iklim Tropika kot. Pasar ni pun bukak awal pagi seawall 6.00pg (waktu Bangkok) tapi smpi pkl 1ptg je. Pkl 12 tu pun tokey2 dh start packing.

Pasar pagi kat krongek ni hari Sabtu ja.kalau nak ikut schedule pasar pagi selatan thailand macam ni: Khamis/Sadao,Jumaat/Hatyai,Sabtu/Krongek,Ahad/Songkla. Ada mat-mat bundle sanggup tour p semua skali pasar2 ni.

Banyaknya baju band/designer/movie dll
Inilah John Lennon (Berdiri kiri skali), Tokey bundle yang beli baju Cinderrela ngan Whitesnake aku dengan harga yang maksimum..
Bebai Jugak nak carik baju kalau bertimbun macam ni. sehelai RM3-8 ja..
Ni lungguk baju reject-reject kot











Ni lagi RARE, sampai baju dalam pun ada jual bundle..




Bundle sluar jeans.Kat celah2 tu ada tempat belah guni jeans..
Balik makan dekat kat Danok. Menu special: lidah lembu masak merah (tiada dalam gambaq)

Wednesday, July 11, 2007

Rock Walk/Lorong kulit, Penang (Bagan)

Jalan-jalan kat rock walk Bagan tersinggah kedai bundle kasut situ. Yang best nya depa lelong kasut sepasang RM40 semua jenis yang ada kat situ. Kalau kasut budak semua RM20.
Kira jualan penghabisan stok la kot. Biasa kedai ni letak harga RM80++. Mintak kurang habis kuat pun RM60.





Dapat jugak sepasang kat aku...
Ingatkan time-time nak raya ni pasaraya ja yang buat sale. Rupanya bundle pun ada..